4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Sesi pagi Bursa Malaysia ditutup dengan kenaikan, disokong oleh minat belian yang semakin rancak susulan pengumuman Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dengan sentimen pasaran turut dipengaruhi pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini mengumumkan secara rasmi pelaksanaan penuh rasionalisasi antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), menjadikan CAAM satu-satunya badan kawal selia penerbangan awam negara merangkumi aspek teknikal, keselamatan dan ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih di samping pemangkin baharu yang menambah baik sentimen pasaran.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia terus menyusut kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus yang disaksikan pada Mei lepas, manakala inflasi teras kekal pada 1.8 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menggiatkan pelaksanaan pelan strategik utama dalam kerangka Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk merangsang pertumbuhan industri pertumbuhan tinggi nilai tinggi dan sektor strategik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dijangka menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan pada kadar 4.0 hingga 5.0 peratus setahun dari 2026 hingga 2030, menurut MBSB Investment Bank.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Dagangan saham MMM Group Bhd akan digantung mulai 7 Ogos, 2025 selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak pelan regularisasi syarikat itu kerana gagal memenuhi peraturan di bawah Nota Amalan 17 (PN17) keperluan penyenaraian di Pasaran Utama.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.
5bulan ago
PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bukan sahaja mengambil langkah berani dalam bidang digital sebaliknya mempamerkan kepimpinan diplomatik yang berkesan dalam keamanan dan kestabilan serantau, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) telah berjaya menerbitkan RM1.0 bilion Sukuk Kanan Murabahah di bawah Program Sukuk Murabahah RM10.0 bilionnya pada 25 Julai.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.