17hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi bursa serantau, apabila aktiviti buruan saham pada harga rendah meningkatkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) selepas mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan beberapa hari lepas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.
18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula dan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.
20hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi, utiliti dan perladangan yang terpilih susulan prestasi bercampur di bursa serantau.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.
20hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.