Terdapat 1881 berita berdasarkan kata kunci carian " turun "

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pada hari Rabu apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) merosot selepas data ekonomi AS yang lemah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit  mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran penurunan harga minyak soya selepas Argentina memansuhkan cukai eksport bijirin.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Pembelian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa tengah hari pada Selasa, didorong oleh pembelian ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.3 Peratus Pada Ogos 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks mencatat 134.9 berbanding 133.2 bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perbincangan ASEAN-China Akan Bertumpu Pada Daya Tahan Perdagangan - Penganalisis

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- China, sebagai antara rakan dialog ASEAN, dijangka mengetengahkan daya tahan rantaian bekalan, kerjasama ekonomi digital, peralihan hijau dan memudah cara perdagangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) 2025.

Pembayar Cukai Diseru Bersedia Awal Supaya Pelaksanaan e-Invois Berjalan Lancar

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Semua pembayar cukai digesa supaya tidak berlengah dan menunggu saat akhir untuk melaksanakan e-Invois, sebaliknya membuat persediaan awal bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Dalam Saham Pembinaan, Kewangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter wajaran tinggi dalam sektor pembinaan, utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Pelabur Teliti Impak AS Turun Kadar Faedah, Ringgit Diunjur Bergerak Dalam Julat Kecil

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat lebih kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan negara maju itu menurunkan kadar faedah utamanya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh.

Aktiviti Pengambilan Untung Heret Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah sedikit, seiring prestasi serantau, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

Unifi TV Perkenal Penstriman Serba Baharu, Tawar Kebebasan Pilihan Kandungan Hiburan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Unifi TV, platform bagi saluran premium dan aplikasi penstriman terbesar di Malaysia hari ini melancarkan pengalaman penstriman serba baharunya yang memberikan pengguna menikmati kawalan sepenuhnya ke atas pilihan kandungan tontonan mereka.