Terdapat 355 berita berdasarkan kata kunci carian "plantation"

Bursa Malaysia Kembali Kukuh Susulan Harapan Ketegangan AS-Iran Semakin Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali mengukuh selepas penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong persekitaran global yang lebih stabil susulan peningkatan harapan terhadap penyelesaian ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran menerusi rundingan semula.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Diseret Turun Oleh Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Harga MSM Dijangka Kukuh Didorong Permintaan Biodiesel Global 

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka disokong oleh faktor permintaan yang menggalakkan seperti langkah meningkatkan mandat campuran seperti diumumkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat, kata CGS International Malaysia Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari, menjejaki pasaran serantau yang lebih kukuh apabila sentimen bertambah baik didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan pelabur bimbang mengenai ketidaktentuan berkaitan gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.  

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, seiring dengan pasaran serantau, didorong sentimen yang bertambah baik susulan perjanjian gencatan selama dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.