2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka memberi kesan langsung terhad kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan inflasi kerana hanya menyasarkan barangan bukan perlu serta sektor perkhidmatan terpilih, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ruang penjanaan hasil masih sempit dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) hari ini mengulangi gesaan agar kerajaan mengenakan tarif ke atas gula import bagi menangani lambakan gula Thailand yang berharga lebih rendah di pasaran tempatan.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Simposium Sasana 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini, menjadi pentas bagi penegasan keperluan semasa dan mendadak untuk tindakan bersama memangkin pembaharuan struktur demi melonjakkan daya tahan Malaysia dalam jangka panjang.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Kadar inflasi dijangka kekal terkawal dengan unjuran kenaikannya kurang daripada 0.25 peratus susulan pelaksanaan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Inisiatif pembaharuan fiskal oleh kerajaan termasuk memperluas skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan merasionalisasikan subsidi elektrik dan diesel, bertujuan memastikan kemampanan fiskal di samping melindungi kumpulan berpendapatan rendah dan sektor penting.
2bulan ago
PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.
2bulan ago
IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Pandangan pelbagai pihak tetap diambil kira jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, dalam semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal mendatar setakat tengah hari Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan, terutamanya membabitkan saham-saham perladangan dan tenaga, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai 2025, dilihat sebagai langkah sesuai dan strategik memberikan perniagaan, terutamanya syarikat diterajui wanita, kejelasan dan ruang untuk memperkukuh operasi dan membina daya tahan jangka panjang.