5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) – Asas bagi integrasi tenaga ASEAN sudah lama dibentuk, namun tumpuan yang lebih jelas dan tindakan yang lebih pantas diperlukan bagi melonjakkan tenaga boleh baharu (TBB) ke tahap seterusnya dengan memanfaatkan kekuatan setiap negara anggota, kata B. Grimm Power Public Company Ltd.
5bulan ago
SUBANG JAYA, 16 Ogos (Bernama) -- ASEAN boleh menetapkan penanda aras bagi pertumbuhan mampan di Selatan Global sekiranya dasar, perniagaan dan rakyat diselaraskan dengan masa depan rendah karbon, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan selama tujuh hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung yang sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan trend menurun untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang perlahan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata peniaga.
5bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- The Mastercard Center for Inclusive Growth bekerjasama dengan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Inklusif Mastercard ASEAN yang pertama pada akhir Oktober ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- HSBC Malaysia melancarkan perkhidmatan HSBC Premier serba baharu yang dikhaskan kepada pelanggan mewah dan bernilai bersih tinggi dengan rangkaian penyelesaian kekayaan, kesihatan, perjalanan dan perbankan antarabangsa yang diperluas.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan lemah semalam dan trend bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.