6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Permintaan industri kargo udara, yang diukur dalam kargo tan bagi setiap kilometer (CTK), meningkat 0.8 peratus dari tahun ke tahun menjelang Jun 2025, turun berbanding 2.2 peratus pada Mei, mencerminkan ketidakpastian yang berterusan dalam pasaran kargo di tengah-tengah ketegangan perdagangan.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis diasak oleh sentimen serantau yang melemah walaupun optimis terhadap visi dasar strategik Malaysia di bawah pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan dalam pasaran serantau kerana pelabur kekal di luar pasaran menjelang kemas kini berkaitan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Malaysia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS bagi Julai.
6bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Rabu disebabkan aktiviti pembelian saat-saat akhir dalam beberapa saham utama yang diterajui oleh sektor produk perindustrian dan perkhidmatan kewangan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari kerana pelabur kekal berhati-hati untuk meneliti data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.
6bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Selasa susulan pengukuhan harga minyak kacang soya, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd (DXN) menyusut 13.6 peratus kepada RM73.91 juta pada suku pertama berakhir 31 Mei, 2025 (S1 TK2026) daripada RM85.56 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas susulan kerugian pertukaran asing (forex) yang didorong oleh pengukuhan ringgit.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kejatuhan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).