BERITA TERKINI   Isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: PM Anwar bantah keras tuduhan, fitnah dakwa kerajaan khianat negara | Isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Penentuan sempadan darat berdasarkan dua konvensyen, satu perjanjian persempadanan - PM Anwar | Isu jajaran sempadan: PM Anwar tegaskan penentuan persempadanan Malaysia-Indonesia tidak bersandarkan prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi | Isu jajaran sempadan: Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia serahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia tidak benar, satu penipuan - PM Anwar | 

Terdapat 1739 berita berdasarkan kata kunci carian " bekalan"

Tarif 19 Peratus AS Tidak Jejas Daya Saing Komoditi Negara - Johari

JOHOR BAHRU, 2 Ogos (Bernama) -- Kadar tarif 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak akan menjejaskan daya saing komoditi negara di pasaran antarabangsa, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Tarif AS Turun, Perbahasan RMK13

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu peningkatan sentimen pelabur berikutan penurunan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula 4 Ogos ini pada persidangan Parlimen.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low. 

Rangka Kerja Tarif Baharu Perkukuh Kerjasama AS, Malaysia — AmCham

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengumuman kadar tarif baharu dapat memupuk kerjasama lebih erat yang akan menggalakkan peningkatan peluang pekerjaan serta pelaburan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan Malaysia, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AmCham Malaysia).

Pengurangan Tarif AS Kejayaan Strategik Malaysia, Pacu Daya Saing PKS - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada 19 peratus yang dikenakan ke atas import Malaysia, walaupun tidak setinggi yang diharapkan, masih memberi kelegaan berikutan tekanan kenaikan kos yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya yang terlibat dalam sektor pembuatan, perabot, tekstil dan eksport makanan.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh, didorong oleh pengumuman tarif baharu Washington ke atas rakan dagangnya.

Malaysia Pertahan Dasar Kewangan, Perolehan Dan Bumiputera Berikutan Penurunan Tarif Eksport AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan kekal tegas dalam perkara berkaitan dasar dalam sistem kewangan, perolehan kerajaan dan kepentingan Bumiputera semasa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif timbal balik.

Penurunan Tarif AS Dorong Perdagangan, Kukuh Hubungan Dua Hala  - FMM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Pengurangan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) mampu meningkatkan daya saing kos keseluruhan produk yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran AS, serta menunjukkan isyarat penting hubungan perdagangan dua hala yang semakin kukuh.

Penurunan Kadar Tarif Beri Petunjuk AS Sedia Berunding - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi.

Aspirasi Capai Kejayaan RMK13 Bergantung Kepada Keazaman Politik, Pelaksanaan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menetapkan visi transformasi struktur yang berani, keterangkuman sosial dan daya tahan terhadap iklim namun keberkesanannya bergantung kepada keazaman politik dan pelaksanaan yang berdisiplin, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.

Penurunan Kadar Tarif Perkembangan Positif Sektor Eksport Negara - Chow

GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar tarif import Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai perkembangan positif kepada sektor eksport negara, khususnya Pulau Pinang yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan serta peranti perubatan.

 

Anugerah CGC 2024 Raikan 30 Tahun Pemerkasaan PMKS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) meraikan pencapaian pentingnya dengan penganjuran edisi ke-30 Anugerah CGC, menandakan usaha 30 tahunnya memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekosistem kewangan yang lebih luas.