5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta.
5bulan ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) – Industri teknologi perubatan Pulau Pinang muncul sebagai salah satu sektor paling berpotensi di negeri ini dengan prospek pertumbuhan kukuh, disokong oleh permintaan global, keupayaan tempatan dan ekosistem yang padu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pembelian Malaysia Aviation Group (MAG) ke atas 30 Boeing 737 MAX Aircraft merupakan langkah strategik yang sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk transformasi serta peningkatan ekonomi, perindustrian dan perdagangan global.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur memantau perkembangan luar, khususnya impak tarif AS.
5bulan ago
SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia.
5bulan ago
KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Pahang mencatatkan jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion setakat Jun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memuktamadkan Perjanjian Tambahan 7 (SA7) dengan kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi sambungan dari stesen terakhir di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang ke Westports dan Northport (Seksyen D) baru-baru ini.
5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan kekurangan minat belian, kata penganalisis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggesa supaya pembaharuan struktur terus dilaksanakan di peringkat nasional dan ASEAN memandangkan rantau ini mesti kekal kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) – Pertumbuhan kewangan Islam akan dipacu menerusi keterhubungan yang lebih besar merentasi kelas aset, geografi dan generasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd Datuk Fad’l Mohamed.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik pelaburan bernilai kira-kira RM637 bilion dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau selain membuka 310,000 peluang pekerjaan menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.