BERITA TERKINI   Kerajaan tidak tolak ansur sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam, khususnya kitab suci al-Quran - PMO | Isu hina al-Quran: PMO seru rakyat rujuk sumber benar, boleh dipercayai sebelum kongsi maklumat | Program Jualan Rahmah MADANI diteruskan sepanjang Ramadan - PMO | PM Anwar mahu KPDN perhebat Ops Pantau 2026 termasuk di bazar Ramadan - PMO | PM Anwar tegaskan ketersediaan bekalan, kestabilan harga barang mesti terjamin sepanjang Ramadan, Syawal di seluruh negara - PMO | 

Terdapat 1477 berita berdasarkan kata kunci carian " projek "

Melaka Terima Pelaburan Lebih RM9 Bilion Bangunkan Pusat Data AI Di Jasin

MELAKA, 4 Feb (Bernama) -- Melaka bakal menerima pelaburan lebih RM9 bilion bagi membangunkan pusat data berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang pertama di negeri itu.

MITI Laksana Pemantauan, Pastikan Penggunaan Produk Tempatan Beri Impak Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi penekanan kepada pengukuran dan pemantauan berasaskan hasil melalui Kerangka Insentif Baharu (NIF) untuk memastikan penggunaan produk tempatan dalam projek pelaburan memberi impak sebenar kepada ekonomi domestik.

Propel Global Meterai MOU Dengan Sabah Energy, Reservoir Link Bangunkan Loji Jana Kuasa Gas Modular

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Propel Global Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Reservoir Link Energy Bhd bagi meneroka pembangunan loji jana kuasa gas modular di Sabah.

Moorest Yang Tersenarai Di SGX Jalin Kerjasama Dengan Unit Sime Darby Bagi TBB, Luar Pesisir

SINGAPURA, 3 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tambatan, Mooreast Holdings Ltd (Mooreast Holdings) mengumumkan kerjasama dengan unit Sime Darby Bhd, Sime Darby Joy Industries Sdn Bhd, mengenai peluang perniagaan luar pesisir, termasuk tenaga boleh baharu (TBB). 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Belian Saham Mewah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

Pengukuhan Ringgit Bukan Luar Jangka, Seiring Keteguhan Ekonomi Malaysia

Oleh Frank Julian Martin

SIBU, 2 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sememangnya dijangka memandangkan ekonomi Malaysia terus teguh, dipacu pembangunan infrastruktur, peningkatan ketibaan pelancong di samping harga komoditi serta elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih baik.

FitsAir Akan Tambah Penerbangan Ke Malaysia Empat Kali Seminggu Menjelang Akhir Mac

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Sri Lanka dan syarikat penerbangan antarabangsa milik persendirian pertama, FitsAir merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan mingguannya ke Malaysia kepada empat kali seminggu daripada tiga kali seminggu menjelang akhir Mac tahun ini.

Unit Steel Hawk Peroleh Empat Kontrak Bernilai RM41.3 Juta Bagi Kerja Berkaitan TNB

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

GDB Raih Kontrak Infrastruktur Bernilai RM121.4 Juta Daripada Bina Muhibbah Permajaya

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak infrastruktur berjumlah RM121.4 juta bagi dua projek Bina Muhibbah Permajaya Construction Sdn Bhd.

MPOB Dalam Usaha Perluas Penggunaan B20 Di KLIA -- KPK

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  

MITI Bakal Laksana Kerangka Insentif Baharu Bermula Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).