5bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd termasuk anak syarikatnya akan ditutup pada 1 dan 5 September tahun ini berikutan penggantian cuti umum untuk Hari Kebangsaan, yang jatuh pada Ahad (31 Ogos) serta Maulidur Rasul menjelang Jumaat minggu depan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kadar pertumbuhan tahunan Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan penurunan marginal 0.2 peratus pada Jun 2025, mencatatkan 113.4 mata berbanding 113.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi petunjuk mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
5bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 24 Ogos (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC (APEC EMM15) di Busan, Korea mengetengahkan aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang 2050 dan menggariskan peranan negara dalam kerjasama tenaga serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd menyambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pelaburan sebelum ini dalam FashionValet serta pendekatan Khazanah secara lebih luas terhadap pelaburan modal teroka (VC) domestik, selaras dengan mandat dan misinya dalam memajukan Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kerajaan dan JPMorganChase telah menyelesaikan semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika itu akan membayar RM1.4 bilion (US$330 juta) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Hari Eksport Selangor 2025 edisi ketiga pada Isnin dan Selasa ini dijangka menghimpunkan lebih 200 usahawan dan syarikat terutama perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) daripada pelbagai sektor industri di negeri itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122 bilion pada 15 Ogos 2025, berbanding US$121.3 bilion yang direkodkan pada 31 Julai 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.