Terdapat 236 berita berdasarkan kata kunci carian " stok"

Sektor Pembuatan Malaysia Papar Petunjuk Stabil Pada Julai -- S&P Global

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia menunjukkan tanda-tanda stabil pada Julai dengan kadar penyederhanaan mereda ketika persekitaran permintaan pulih secara beransur-ansur, kata S&P Global.

Pengerang Terminals Labur RM1.4 Bilion Kembang Kapasiti Penyimpanan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) akan mengembang dan membangunkan kapasiti penyimpanan kira-kira 272,000 meter padu, melibatkan pelaburan sebanyak US$330 juta (RM1.4 bilion) termasuk kos yang berkaitan dengan perkongsian fasiliti di terminal itu.

MPOB Jangka Eksport Minyak Sawit Pulih Pada Separuh Kedua 2025

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama.

Xiaomi Buka Cawangan Utama Asia Tenggara Terbesar Di TRX Exchange

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Cenderung Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun pada minggu depan berikutan aktiviti pengambilan untung daripada kenaikan baru-baru ini.

Festival Flora Borneo 2025 Dijangka Jana Lebih RM20 Juta Sebagai Penggalak Ekonomi Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 25 Julai (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang akan bermula secara rasmi esok, memperlihatkan kesan limpahan ekonomi yang ketara di seluruh Labuan dengan kehadiran ribuan pengunjung di festival lima hari itu.

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

Unifi Business Perkenal "Ultra Plan" Perkukuh Perniagaan Tempatan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Unifi Business mengukuhkan sokongannya terhadap perniagaan tempatan dengan pelancaran pakej internet berkelajuan tinggi - Unifi Business Ultra Plan, bagi memenuhi permintaan penyelesaian jalur lebar generasi baharu yang lebih pantas dan dipercayai.

Sianlon Aquatic Sasar Kembang Perniagaan Ke Pasaran Jepun

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Sianlon Aquatic Sdn Bhd, salah satu penternak benih ikan hiasan terkemuka di Malaysia, sedang meneroka prospek eksport baharu di pasaran Jepun susulan penyertaannya dalam Expo 2025 Osaka.

Penganalisis Kekal Neutral Terhadap Sektor Sawit, Unjur Harga Purata MSM RM4,100-RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan saranan "Neutral" terhadap sektor minyak sawit dengan harga sasaran minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,100 satu tan pada 2025.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan kebimbangan mengenai peningkatan stok yang menjejaskan sentimen selepas data terkini oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dikeluarkan.

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan pada Jun daripada 1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).