Terdapat 3768 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila data pasaran buruh AS yang lebih kukuh daripada jangkaan menguatkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan dasar monetari yang ketat, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Asia Barat, Jualan Saham Teknologi Jejas Pasaran Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.

BIMB Investment Lancar Dana Patuh Syariah Sasar Saham Bermodal Kecil

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Dalam Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata peniaga.

Konflik Asia Barat Melonjak Permintaan Arang Batu Asia Pasifik -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Permintaan arang batu terma Asia Pasifik (APAC) mencapai lonjakan jangka pendek yang ketara, dengan tambahan 150 juta tan (Mt) penggunaan kumulatif diunjurkan sehingga 2030, dengan kira-kira separuh dijangka tiba pada 2026 di tengah-tengah konflik Asia Barat yang berterusan, menurut Rystad Energy.

Liftech Sasar Raih RM23 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.

Kekuatan Kredit Asia Selatan, Asia Tenggara Kekal Stabil 12 Hingga 18 Bulan Akan Datang - Moody's

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan kredit di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara akan kekal stabil bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang walaupun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan kualiti kredit bagi sebahagian syarikat yang dinilai selain berdepan ketidakpadanan struktur mata wang.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Baharu Asia Barat

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.

Krisis Bekalan Akan Naikkan Kos Melebihi Harga Minyak - Hassan Marican

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Bursa Malaysia Seiring Pasaran Global Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.

Gangguan Tenaga Boleh Jejas Sektor Makanan, Bekalan Perubatan Dan Pembuatan - Hassan Marican

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Pengeluaran SAF Hanya Capai 0.8 Peratus Daripada Penggunaan Bahan Api Penerbangan- IATA

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) --Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) global dijangka mencecah sekitar 2.4 juta tan pada tahun 2026, mewakili hanya 0.8 peratus daripada penggunaan bahan api penerbangan dan dengan kos sebanyak US$4.3 bilion kepada syarikat penerbangan, menurut anggaran Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).