Perintah berkurung di ESSZone dilanjutkan sehingga 7 Disember [ 25m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Jerebu rentas sempadan: Malaysia, Singapura setuju kerjasama kaji penyelesaian

SINGAPURA, 20 Nov -- Malaysia dan Singapura bersetuju bekerjasama dalam melaksanakan kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi mencari penyelesaian menangani isu jerebu di rantau ini.

KPDNHEP rampas 10,190 kasut, selipar tiruan bernilai RM365,400

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 10,190 pasang kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama antarabangsa dianggarkan bernilai RM365,400 dirampas dalam serbuan berasingan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, hari ini.

Perak guna aplikasi 'tiktok' promosi sektor pelancongan

IPOH, 20 Nov  -- Kerajaan negeri melalui Tourism Perak akan mempromosikan sektor pelancongan Perak melalui platform 'TikTok' iaitu aplikasi video singkat sebagai satu usaha untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Mesej positif melalui Festival Anugerah Video Muzik Antarabangsa 2020

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Festival Anugerah Video Muzik Antarabangsa 2020 (IMVAF 2020) yang baru dilancarkan bertujuan menggalakkan ‘keamanan dunia’ serta turut mempromosikan ‘mesej positif’ melalui pertandingan video muzik.

Pelacuran: 10,002 wanita tempatan dan warga asing ditahan - Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Seramai 10,002 wanita tempatan dan warga asing didapati terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam operasi di tujuh negeri bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas. 

Sabah gubal enakmen pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri

KOTA KINABALU, 20 Nov -- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sedang dalam proses menggubal Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri selaras dengan pembangunan Dasar Kebersihan Negara di peringkat Persekutuan.

KKM cadang perluas 'klinik virtual' di seluruh negara

KUALA LUMPUR, 20 Nov -- Kementerian Kesihatan berhasrat memperluaskan pelaksanaan 'klinik virtual' di seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan penjagaan kesihatan pesakit luar.