MTW2019 Kick off today [ 3h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Beijing: sebabkan kematian, kecederaan orang awam, lelaki dijatuhi hukuman mati

BEIJING, 13 Jun (Bernama) -- Sebuah mahkamah di Beijing pada Khamis menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki kerana membunuh dan mencederakan 14 orang dalam kejadian di pusat membeli-belah di bandar raya itu tahun lepas, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai kanan PBB kutuk serangan di Mali

NEW YORK, 13 Jun (Bernama) -- Tiga pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengutuk serangan yang berlaku di sebuah kampung di Mali, yang meragut puluhan nyawa orang awam, lapor agensi berita Xinhua.

11 militan terbunuh di wilayah selatan Afghanistan

LASHKAR GAH (Afghanistan), 13 Jun (Bernama) -- Seramai 11 anggota militan disahkan terbunuh  selepas tempat persembunyian Taliban di Nad Ali dan Marja di selatan wilayah Helmand diserang pesawat tempur pihak keselamatan Afghanistan, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan tentera pada Khamis.

79 penunjuk perasaan cedera, bantah pindaan rang undang-undang ekstradisi di Hong Kong

MOSCOW, 13 Jun (Bernama) -- Seramai 79 orang cedera selepas penunjuk perasaan bertembung dengan pihak berkuasa kerana membantah langkah Hong Kong membuat pindaan baharu dalam rang undang-undang ekstradisi kerajaan pada Rabu, demikian menurut agensi berita Sputnik.

Moscow percaya hubungan Rusia, Kazakhstan terus kukuh

MOSCOW, 13 Jun (Bernama) -- Moscow percaya hubungan antara Rusia dan Kazakhstan akan terus kukuh di bawah pentadbiran Presiden Kassym-Jomart Tokayev yang baharu dipilih, lapor agensi berita Sputnik.

Kerajaan Australia digesa tangani masalah "generasi tergemuk"

CANBERRA, 13 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Scott Morrison digesa mengambil langkah lebih berkesan bagi menangani masalah obesiti yang kini menjadi epidemik, lapor agensi berita Xinhua, memetik Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

India beri tumpuan khusus terhadap SCO - Modi

NEW DELHI, 13 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Narendra Modi berkata India memberikan tumpuan khusus kepada Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang mempromosikan interaksi pelbagai hala, politik, keselamatan, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat di rantau ini, lapor agensi berita Xinhua.