BERITA TERKINI   Jualan sektor pembuatan cecah RM1.97 trilion, naik 4.2 peratus pada 2025 - Jabatan Perangkaan | 

Terdapat 1874 berita berdasarkan kata kunci carian " jun"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa disebabkan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga IOI Corp Melonjak Kepada RM262.3 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Corporation Bhd, untuk suku ketiga berakhir pada 31 Mac 2025 melonjak sebanyak 113 peratus kepada RM262.30 juta berbanding RM123.10 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Alliance Bank Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM750.72 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak kepada RM750.72 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 daripada RM690.47 juta pada Tahun Kewangan 2024, disokong oleh pertumbuhan hasil meskipun peruntukan tinggi bagi jangkaan kerugian kredit dan perbelanjaan operasi.

PM Anwar Sampaikan Ucaptama Kepada Penggubal Dasar, Pemimpin Global Di Energy Asia 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama dan merasmikan Energy Asia 2025, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal pada Selasa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi sedikit pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang lemah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Dipengaruhi Penangguhan Tarif Trump

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).

Petronas Gas Catat Untung Bersih Suku Pertama Lebih Tinggi, Umum Dividen 16 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya pada suku pertama 2025 (S1 2025) kepada RM468.80 juta daripada RM456.65 juta pada tahun sebelumnya.

FGV Gantung Dagangan, ICT Zone Pindah Dari Pasaran ACE Pada 3 Jun - Bursa

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan FGV Holdings Bhd (FGV) untuk penggantungan dagangan sahamnya berkuat kuasa Isnin, 26 Mei bermula 9 pagi hingga 5 petang, sementara menunggu pengumuman penting.