Terdapat 459 berita berdasarkan kata kunci carian " umum"

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Lengang Minggu Depan, Mesyuarat FOMC Jadi Tumpuan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan julat 1,580 hingga 1,620 mata dalam dagangan sederhana minggu depan berikutan tempoh dagangan singkat, dengan pelabur menumpukan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) akan datang.

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Lemah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah minggu depan, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah dalam minggu yang dipendekkan dengan cuti umum.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Bursa Lepasi Paras 1,600 Susulan Pelabur Bersedia Menjelang Cuti Panjang Akhir Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencecah paras 1,600 dan ditutup pada paras tertinggi hariannya, meningkat 1.1 peratus berikutan pelabur menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar seawal minggu depan, menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik berdasarkan asas pelarasan mata wang.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas diseret oleh sentimen yang lebih lemah dalam niaga hadapan depan getah serantau di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta ketidakpastian yang berterusan terhadap keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Mekanisme Insentif Tersuai Baharu Pacu Pelaburan Sektor Automotif Malaysia – MITI

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)  sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.

Kumpulan CIMB Umum Peralihan Kepimpinan Di Singapura

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Novan Amirudin akan memegang jawatan sebagai pemangku CEO Pasaran Pertumbuhan di CIMB Singapura berikutan peletakan jawatan Victor Lee Meng Teck.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan Comex AS

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki peningkatan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Ekoran Data NFP AS Hambar

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila dolar AS melemah susulan laporan pasaran buruh AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas tidak memberangsangkan.

Belian Saham Modal Besar, Prestasi Serantau Pacu Bursa Naik 0.47 Peratus

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan meningkat sebanyak 0.47 peratus ketika pelabur menumpukan minat ke atas saham-saham syarikat bermodal besar selain seiring prestasi pasaran serantau.

Ekonomi Kekal Kukuh Tatkala OPR Tidak Berubah Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).