5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan kekal tegas dalam perkara berkaitan dasar dalam sistem kewangan, perolehan kerajaan dan kepentingan Bumiputera semasa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif timbal balik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Cypark Resources Bhd (Cypark) menerusi anak syarikat 51 peratus milik tidak langsungnya, Reviva BACRE (Ulu Remis) Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) untuk membangunkan kemudahan biogas 1.5 megawatt (MW) di Layang-Layang, Johor.
5bulan ago
IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi tuan rumah bagi Bengkel Antarabangsa Advance Statistical Data and Metadata Exchange (SDMX) yang berlangsung selama empat hari di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- YTL Hospitality Real Estate Investment Trust (YTL Hospitality REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM148.56 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM178.0 juta yang dicatatkan setahun sebelum itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk telah melaporkan keuntungan sebelum cukai disatukan yang belum diaudit sebanyak IDR4.4 trilion bagi separuh pertama 2025 berakhir pada 30 Jun, 2025 (S12025), yang diterjemahkan kepada pendapatan sesaham sebanyak IDR137.43.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd mengambil pendekatan secara berhati-hati tetapi optimis terhadap prestasi tahun kewangannya berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026), di tengah-tengah cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) akan mengembang dan membangunkan kapasiti penyimpanan kira-kira 272,000 meter padu, melibatkan pelaburan sebanyak US$330 juta (RM1.4 bilion) termasuk kos yang berkaitan dengan perkongsian fasiliti di terminal itu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) memperoleh kontrak bagi menyediakan perkhidmatan perancah untuk operasi EPOMS Sdn Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alpha Ocean Resources Bhd (AORB) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Datuk Bandar Kota Kinabalu bagi cadangan projek pemulihan melibatkan pembangunan pelabuhan pendaratan perikanan laut dalam dan tuna, infrastruktur pelancongan marin dan hospitaliti.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Saham Bursa Malaysia Bhd merosot dalam dagangan awal berikutan prestasi perniagaan yang rendah dicatatkan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 (suku kedua 2025).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) meningkat kepada RM92.51 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM81.55 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.