Terdapat 2305 berita berdasarkan kata kunci carian "saham"

Bursa Malaysia Lanjutkan Penggantungan Jualan Singkat Saham Tanco

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) Tanco Holdings Bhd untuk baki sesi dagangan hari ini, hari kedua berturut-turut sekatan dikenakan selepas saham itu melanggar had harganya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Ketika Isyarat Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.04 peratus ketika awal dagangan pada Rabu dalam persekitaran sentimen pasaran global yang berhati-hati walaupun harga minyak mentah menyusut dan ketiadaan pemangkin tempatan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan ketidakpastian luaran sambil memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan serta perkembangan mengenai gencatan senjata Israel-Iran yang masih belum stabil.

Khazanah: Pelaburan Jadi Pemacu Utama Fasa Pertumbuhan Malaysia Seterusnya

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mesti memastikan pelaburan disalurkan untuk memperkasa firma, memperkukuh rantaian industri dan membina keupayaan bernilai tinggi bagi menyokong fasa pembangunan ekonomi negara yang seterusnya.

MY Value-Up Ubah Fokus Lembaga Pengarah Kepada Penciptaan Nilai Jangka Panjang -- SC

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Inisiatif MY Value-Up Malaysia sedang diperkenalkan untuk membentuk semula keutamaan bilik lembaga bagi merangsang syarikat menerangkan strategi mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan prestasi dan persepsi pelabur terhadap cadangan nilai jangka panjang mereka.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) untuk Tanco Holdings Bhd bagi baki hari ini selepas saham tersebut melanggar had harganya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kebimbangan Perkembangan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.06 peratus meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.

IPO Sum Technology Terlebih Langganan 110.54 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) firma perkhidmatan kejuruteraan Sum Technology Bhd (Sum Technology) terlebih langganan sebanyak 110.54 kali ganda menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Jun 2026.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada Tanco Selepas Harga Saham Jatuh

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd telah menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan kejatuhan mendadak dalam harga sahamnya pada Isnin.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Asia Barat, Jualan Saham Teknologi Jejas Pasaran Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.

BIMB Investment Lancar Dana Patuh Syariah Sasar Saham Bermodal Kecil

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.

Liftech Sasar Raih RM23 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.