BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | 

Terdapat 6721 berita berdasarkan kata kunci carian " m"

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.

BNM Dijangka Kekalkan Kadar Faedah Sepanjang 2025 Selepas Penurunan OPR

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sama sepanjang baki 2025, berikutan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 24.9 Peratus Pada Mei 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat 24.9 peratus kepada 22,494 tan pada Mei 2025 berbanding 18,008 tan pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Saham Bank Bercampur-campur Pada Awal Dagangan Susulan Penurunan OPR

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Saham-saham bank diniagakan secara bercampur-campur pada awal dagangan hari ini apabila penurunan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tekanan serta-merta ke atas margin faedah bersih (NIM) bank-bank.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Penurunan OPR Tingkatkan Sentimen

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh sentimen yang meningkat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Rabu.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Ekspo 2025 Osaka Perkukuh Hubungan Ekonomi Jepun-Malaysia - JETRO

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka berperanan sebagai landasan bagi kerjasama lebih kukuh dalam sektor ekonomi utama, menjadi platform sesuai untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara Jepun dan Malaysia, kata Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, dalam reaksi pasaran yang tidak sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu.

Sidec Lancar Program Pemecut Berkembar Selangor Bagi Pacu Syarikat Pemula Niaga, PKS

SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancarkan Program Pemecut Berkembar Selangor edisi 2025.

Penurunan 2.75 Peratus OPR Akan Rangsang Perniagaan, Kekalkan Daya Tahan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM)  menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah langkah untuk merangsang aktiviti perniagaan dan juga mengekalkan permintaan domestik.

Institusi Perbankan Umum Pengurangan Kadar Asas

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, RHB Banking Group dan Public Bank Bhd telah menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan permintaan terhadap emas.