Terdapat 3547 berita berdasarkan kata kunci carian "eo"

Akmal Nasrullah Lawat Premis Di Selangor Tinjau Pengadunan Biodiesel Sabtu Ini – Fahmi

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan mengadakan lawatan kerja ke sebuah premis di Selangor pada Sabtu ini bagi meninjau bahan asas yang digunakan dalam proses pengadunan biodiesel.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Diseret Turun Oleh Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap potensi kejayaan urusan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata seorang peniaga. 

Harga Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan Dikekalkan, Bantu Rakyat Jalani Aktiviti Harian - MOF

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh ekosistem semikonduktornya di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, memandangkan komponen itu kini disifatkan sebagai kepentingan negara.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

MPOB Perkukuh Hala Tuju R&D Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpukan pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditengah-tengah ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat.

Weeroc Space Catat Kejayaan Fasa Akhir Reka Bentuk Cip, Lonjak Keupayaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Weeroc Space Sdn Bhd, cabang aeroangkasa milik firma Weeroc Perancis, berjaya melakar kejayaan bagi fasa “tapeout” yang menjadi tahap penting reka bentuk cip sebelum ke peringkat pembuatan dalam sektor semikonduktor.

5E Resources Sasar Pertumbuhan Daripada Pelaksanaan Biodiesel B15

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pengurusan sisa, 5E Resources Holdings Bhd bersedia untuk memanfaatkan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar campuran biodiesel kepada B15 dengan menjangkakan peningkatan penjanaan sisa daripada industri biodiesel untuk menyokong pertumbuhannya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Harapan Ketegangan Asia Barat Akan Reda

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan dalam pasaran serantau dalam persekitaran optimisme mengenai ketegangan di Asia Barat berpotensi akan reda.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.

Biodiesel B100 Berpotensi Jadi Alternatif Strategik Tenaga Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.