Terdapat 3098 berita berdasarkan kata kunci carian "teknologi"

Malaysia Berpotensi Besar Rebut Pemindahan Teknologi Global Susulan Ketegangan Asia Barat – MIER

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Syarikat teknologi global kini giat mencari lokasi baharu untuk memindahkan operasi mereka ke Asia, sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan trend tersebut susulan ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat.

Felda, FGV Teroka Semula Peranan Minyak Sawit, Ubah Sisa Kepada Kekayaan

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.

Bursa Malaysia Kembali Kukuh Susulan Harapan Ketegangan AS-Iran Semakin Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali mengukuh selepas penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong persekitaran global yang lebih stabil susulan peningkatan harapan terhadap penyelesaian ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran menerusi rundingan semula.

UNCLOS Teruji Selepas Malaysia Imbangi Perundangan Dengan Diplomasi Lalu Sekatan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) – Keupayaan Malaysia berunding dengan Iran untuk mendapatkan laluan selamat bagi import minyak mentahnya melalui Selat Hormuz, bukan menunjukkan kegagalan dalam prinsip undang-undang maritim antarabangsa, sebaliknya mencerminkan realiti bahawa hak di bawah undang-undang sering memerlukan sokongan diplomatik, kata seorang pakar logistik.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Diseret Turun Oleh Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap potensi kejayaan urusan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata seorang peniaga. 

PayNet Perluas Inisiatif Tanpa Tunai Ke Lebih Banyak Institusi Pengajian Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) merancang untuk memperluas inisiatif pembayaran tanpa tunai ke lebih banyak institusi pengajian tinggi dengan kerjasama universiti dan majlis perwakilan pelajar.

MTDC Sasar 10 Syarikat Semikonduktor Terbaik Sertai SemiconStart Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.

Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh ekosistem semikonduktornya di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, memandangkan komponen itu kini disifatkan sebagai kepentingan negara.

MPOB Perkukuh Hala Tuju R&D Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpukan pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditengah-tengah ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat.

Weeroc Space Catat Kejayaan Fasa Akhir Reka Bentuk Cip, Lonjak Keupayaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Weeroc Space Sdn Bhd, cabang aeroangkasa milik firma Weeroc Perancis, berjaya melakar kejayaan bagi fasa “tapeout” yang menjadi tahap penting reka bentuk cip sebelum ke peringkat pembuatan dalam sektor semikonduktor.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.