Hanya 734 pemandu carum SKSPS [ 2m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


QIU meterai MoA dengan Cardzone bangunkan program pengenalan

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Quest International University Perak (QIU) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Cardzone Sdn Bhd untuk membangunkan program pengenalan dokumen dan perbandingan wajah baharu bagi proses "Electronic Know Your Customer". 

Maju Holdings akan serap RM2.7 bilion pampasan tol dalam pengambilalihan PLUS

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Maju Holdings Sdn Bhd mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS Malaysia Bhd sekiranya pengambilalihan konsesi lebuhraya terbesar negara itu oleh syarikat berkenaan berjalan lancar.

Sarawak akan hasilkan bateri untuk kenderaan elektrik, hibrid dan kenderaan cekap tenaga

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

KUCHING, 9 Okt  -- Sarawak akan mempunyai kilang pembuatan bateri untuk kenderaan elektrik, hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama yang akan memenuhi keperluan kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara.

Defisit fiskal lebih tinggi daripada unjuran tidak jejaskan penarafan - Stanchart

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Defisit fiskal yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan untuk 2020 tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada Malaysia selagi sasaran penyatuan fiskal jangka sederhana dipatuhi, kata Standard Chartered.

Khazanah jual kepentingan, labur semula modal adalah urus niaga biasa

Oleh Noor Soraya Mohammad Jamal

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- Transaksi yang sedang dilakukan oleh Khazanah Nasional Bhd adalah satu urus niaga biasa yang melibatkan penjualan pelaburan dan kemudian melabur semula modal untuk pelaburan baharu, kata Pengarah Urusan Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Ekonomi digital jadi platform tingkatkan perdagangan Malaysia kepada US$95 bln menjelang 2030 - WLC

KUALA LUMPUR, 9 Okt  -- World Logistics Council Ltd (WLC), organisasi separa kerajaan perkongsian hasil yang diperbadankan di Ireland, menjangkakan perdagangan Malaysia meningkat sebanyak US$95 bilion menjelang 2030 melalui penyertaan Malaysia dalam platform ekonomi digital dikenali sebagai Sistem Aplikasi Ekonomi Digital Dimensi Pelbagai (MDDEAS ).

MATRADE giatkan usaha galakan eksport di tengah-tengah perang perdagangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempergiat usaha penggalakan ekport di tengah-tengah perang perdagangan berlarutan antara dua kuasa utama ekonomi dunia, Amerika Syarikat (AS) dan China.