5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pelaburan syarikat semikonduktor berteknologi tinggi dari China, Ferrotec bernilai RM550 juta di Pasir Gudang, Johor melalui Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn Bhd dijangka menjana nilai eksport tahunan sebanyak RM600 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2025 diunjurkan pada kadar 4.3 peratus, didorong oleh pemulihan sektor pertanian serta pengembangan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
5bulan ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus untuk mencerminkan prestasi ekonomi negara yang lebih baik berbanding jangkaan pada separuh pertama 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Vivax-Metrotech Corporation (VXMT), peneraju global dalam teknologi pengesanan dan pemeriksaan utiliti termaju mengumumkan pelaburan RM48 juta untuk penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang yang mewujudkan 175 pekerjaan berkemahiran tinggi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 9 Ogos (Bernama) -- Peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang (KDNK) dari RM116 bilion pada 2023 kepada RM156 bilion menjelang 2030 adalah antara metrik utama yang mencerminkan kejayaan Pelan Induk Ekonomi Digital (DEMP) 2025-2030 yang baru dilancarkan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan piawaian keluli yang sesuai bagi penggunaan dalam bangunan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.
5bulan ago
SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia.
5bulan ago
KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Pahang mencatatkan jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion setakat Jun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggesa syarikat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi dominan dan berdaya saing di peringkat global dalam mendepani tarif dan halangan perdagangan lain.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Panduan yang jelas serta tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur selain mencegah gangguan dalam rantaian pembekalan yang diintegrasikan dengan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).