Terdapat 10549 berita berdasarkan kata kunci carian " ber"

SEDA Malaysia Anjur Webinar AI Majukan Agenda Tenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia menganjurkan webinar mengenai ‘Kecerdasan Buatan (AI) dan Peranannya dalam Sektor Tenaga’ untuk meneroka bagaimana teknologi digital canggih membentuk masa depan tenaga lestari.

Ringgit Ditutup Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Selasa, didorong oleh minat belian yang lebih baik. 

Genting Vista Terbit Nota Jangka Sederhana Tidak Berkadar RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Genting Bhd (Genting), Genting Vista Bhd hari ini telah menerbitkan program nota jangka sederhana (MTN) tidak berkadar sebanyak RM3.0 bilion dalam nilai nominal (Siri 1) di bawah program MTN tidak berkadar RM5 bilionnya.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah yang stabil dan trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar prestasi di pasaran tunai.

DOSM Perkasa Tadbir Urus Data, Empat Pegawai Diiktiraf Pensijilan Global

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus memperkukuh amalan pengurusan data apabila empat pegawai jabatan itu berjaya memperoleh Certified Data Management Professional (CDMP) oleh DAMA International yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. 

Pemergian Madeline Berma Dirasai Ahli Ekonomi, Alumni UKM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) --  Pemergian penganalisis ekonomi Prof Datuk Dr Madeline Berma hari ini turut dirasai oleh ahli ekonomi dan warga akademik, serta alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

PERDA Sasar Bina 5,000 Unit Rumah Dalam Tempoh Lima Tahun, GDV Lebih RM1 Bilion

TASEK GELUGOR, 30 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merancang untuk membina 5,000 unit rumah di Seberang Perai Utara dalam tempoh lima tahun akan datang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Malaysia Airports Perkukuh Pertumbuhan Jangka Panjang Menerusi Pemodenan ISG

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus melaksanakan usaha pelaburannya lebih awal dalam memenuhi permintaan berterusan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), Turkiye.

Inflasi Malaysia Dijangka Kekal Rendah, Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil di masa depan walaupun perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan mendorong kenaikan yang sederhana, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.