23hari ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Empire Premium Food Bhd yang terlibat dalam industri makanan dan minuman menyasarkan pertumbuhan antara tiga hingga lima peratus untuk kedai sedia ada setiap tahun, dengan penanda aras itu ditetapkan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi pengurus cawangan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) berkongsi detik bermakna dengan meraikan dua pemenang hadiah utama kempen ‘Mini Worries, Great Prizes’ yang membawa pulang kereta mewah.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Weeroc Space Sdn Bhd, cabang aeroangkasa milik firma Weeroc Perancis, berjaya melakar kejayaan bagi fasa “tapeout” yang menjadi tahap penting reka bentuk cip sebelum ke peringkat pembuatan dalam sektor semikonduktor.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pengurusan sisa, 5E Resources Holdings Bhd bersedia untuk memanfaatkan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar campuran biodiesel kepada B15 dengan menjangkakan peningkatan penjanaan sisa daripada industri biodiesel untuk menyokong pertumbuhannya.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd dan HLB Islamic Bank Bhd bersedia membantu pelanggan yang berdepan tekanan kewangan susulan situasi semasa di Asia Barat.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- ISF Group Bhd, penyedia penyelesaian perpaipan hujung ke hujung melalui anak syarikat milik penuhnya, Yeo Plumber Sdn Bhd meraih empat kontrak baharu khususnya untuk projek kediaman dan pusat data yang bernilai RM22.48 juta.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memperkenalkan langkah-langkah interim untuk menyokong pemegang polisi kenderaan susulan gangguan dalam perkhidmatan trak tunda yang dikaitkan dengan peningkatan kos operasi dan tekanan industri.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang giat melaksanakan pelan hala tuju untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 70 peratus menjelang 2050, kata Ketua Pegawai Kelestariannya Leo Pui Yong.
28hari ago
IPOH, 12 April (Bernama) -- GGR Motor Group (GGR Motor) menyasarkan jualan sekurang-kurangnya 3,000 unit motosikal elektrik (EV) sebulan sebagai sasaran minimum untuk tahun ini, sejajar dengan peningkatan kapasiti pengeluaran dan pengembangan rangkaian pengedaran.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Persatuan Institusi-Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) meminta pelanggan untuk menghubungi institusi kewangan pembangunan (DFI) dan pertubuhan pembangunan usahawan (EDO) masing-masing bagi meneliti pilihan sokongan yang tersedia.