Terdapat 1257 berita berdasarkan kata kunci carian " penutup"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Belian Harga Rendah, Jangkaan Pengecualian Tarif AS

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, dengan tidak meneruskan penyusutan terdahulu berikutan aktiviti belian semasa harga rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini berikutan tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas rakan dagangannya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelemahan dalam pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kebakaran Hutan, Kebimbangan Output Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebakaran hutan di Sumatera Utara, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS bagi Julai.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Kadar Faedah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan ketidaktentuan mengenai potensi penurunan kadar faedah.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Soya

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Selasa susulan pengukuhan harga minyak kacang soya, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan kejatuhan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).